IADA-banner

PROGRAM BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)

You are here

PENGENALAN NKEA

Program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator Pendapatan Negara Kasar (PNK) serta peluang pekerjaan yang diwujudkan.

Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui oleh sektor swasta dan disokong oleh pihak kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator.

Dua belas (12) NKEA menjadi teras Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan salah satunya adalah NKEA Pertanian. Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk mencapai pertambahan Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM28.9 bilion untuk membawa jumlah sumbangan PNK kepada RM49.1 bilion menjelang tahun 2020. Selain itu, 109,335 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut.

Pada tahun 2012, IADA Barat Laut Selangor telah mula terlibat dalam program Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) di bawah NKEA Pertanian dan khusus kepada Entry Point Project (EPP) 11 iaitu Memperkukuh dan menambah baik produktiviti penanaman padi di kawasan jelapang yang lain.

Bagi mencapai matlamat tersebut, sebanyak enam belas (16) Projek Keutamaan Permulaan (EPP) dan sebelas (11) Peluang Perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu dan berteknologi moden.

*Sub-sektor padi dipilih kerana kepentingan sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara


PELAKSANAAN

Setelah dua (2) tahun IADA Barat Laut Selangor terlibat dalam program NKEA, sebanyak empat (4) buah Syarikat Peneraju (SPV) telah berjaya dilantik di bawah penyeliaan IADA BLS. Syarikat peneraju tersebut ialah PPK Tanjong Karang, Koperasi Wawasan Tani Simpang Lima Bhd, Koperasi Pengurusan Padi Parit Lima Bhd dan PPK Pasir Panjang. Syarikat peneraju ini adalah bertanggungjawab dan berperanan untuk akan menyelaras pengurusan projek.

  • PPK Tanjong Karang
  • Koperasi Wawasan Tani Simpang Lima Sg. Besar Bhd
  • Koperasi Badan Pengurusan Berpusat Parit 5 Timur Sg. Besar Bhd
  • PPK Pasir Panjang

 

Matlamat IADA Barat Laut Selangor:

  • Meningkatkan pengeluaran hasil padi bersih kepada 6.5 mt/ha/musim menjelang tahun 2020
  • Mencapai keluasan projek seluas 5000 ha menjelang tahun 2020
  • Mewujudkan usahawan tani berskala besar dan meningkatkan pendapatan petani

 

SYARIKAT PENERAJU (SPECIAL PURPOSE VEHICLE)

Keluasan (ha)

  • 254.87 Ha

Bilangan Peserta

  • 193 Orang

Kawasan Terlibat (Blok)

  • R1,R2,F1&F2

Lokasi

  • Sawah Sempadan

Tarikh Kelulusan

  • 28 September 2012

Tarikh Mula ( Musim )

  • 1/2013 dan Musim 2/2013

Jumlah Insentif kepada Peserta yang telah disalurkan

  • 764,700.00

Mula Projek

  • Musim 1/2013

Model

  • Bayaran pengurusan

Tarikh Tanam :

  • Musim 1/2013 : 03.01.2013
  • Musim 2/2013 : 01.07.2013

Tarikh Tuai:

  • Musim 1/2013 : 10.04.2013
  • Musim 2/2013 : 08.10.2013

Tanggungjawab dan terma sebagai Syarikat Peneraju (SPV):

  • Melaksanakan penanaman padi secara estet seluas 403 ha sawah di kawasan jelapang dan mencapai purata sebanyak 7.5 mt/ha menjelang tahun 2020
  • Menjana pendapatan kasar Negara (GNI) sebanyak RM0.8 juta menjelang tahun 2020
  • Menandatangani dan mematuhi terma dan syarat perjanjian pelaksanaan projek selama 8 tahun bermula tahun 2012 sehingga tahun 2020

Prestasi Projek Berakhir Disember 2013

  • Keluasan (ha)

  • Jumlah Pengeluaran (mt)

  • Purata Hasil (mt/ha)

Keluasan (ha)

  • 221.72 Ha

Bilangan Peserta

  • 141 Orang

Kawasan Terlibat (Blok)

  • E5, E6, E7 dan E8

Lokasi

  • Parit 5 Timur, Sungai Besar

Tarikh Kelulusan

  • 10 September 2012

Tarikh Mula ( Musim )

  • 1/2013 dan Musim 2/2013

Jumlah Insentif kepada Peserta yang telah disalurkan

  • RM 1,126,880.000

Mula Projek

  • Musim 2/2012

Carta Organisasi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pengurusan Padi Parit Lima Sungai Besar Bhd

Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksana Koperasi Pengurusan Padi Parit Lima Sungai Besar Bhd

Tanggungjawab dan terma sebagai Syarikat Peneraju (SPV):

  • Melaksanakan penanaman padi secara estet seluas 403 ha sawah di kawasan jelapang dan mencapai purata sebanyak 7.5 mt/ha menjelang tahun 2020
  • Menjana pendapatan kasar Negara (GNI) sebanyak RM0.8 juta menjelang tahun 2020
  • Menandatangani dan mematuhi terma dan syarat perjanjian pelaksanaan projek selama 8 tahun bermula tahun 2012 sehingga tahun 2020

Prestasi Projek Berakhir Disember 2013

  • Keluasan (ha)

  • Jumlah Pengeluaran (mt)

  • Purata Hasil (mt/ha)

Keluasan (ha)

  • 110.573 Ha

Bilangan Peserta

  • 85 Orang

Kawasan Terlibat (Blok)

  • N02A, N10A & N19A Peket 20

Lokasi

  • Peket 20, Sungai Nipah

Tarikh Kelulusan

  • 2 September 2013

Tarikh Mula ( Musim )

  • Musim 2/2013

Jumlah Insentif kepada Peserta yang telah disalurkan

  • RM 218,260.00

Mula Projek

  • Musim 2/2013

Carta Organisasi PPK Pasir Panjang

Tanggungjawab dan terma sebagai Syarikat Peneraju (SPV):

  • Melaksanakan penanaman padi secara estet seluas 500 ha sawah di kawasan jelapang dan mencapai purata sebanyak 7.75 mt/ha menjelang tahun 2020
  • Menjana pendapatan kasar Negara (GNI) sebanyak RM1.04 juta menjelang tahun 2020
  • Menandatangani dan mematuhi terma dan syarat perjanjian pelaksanaan projek selama 7 tahun bermula tahun 2013 sehingga tahun 2020

Prestasi Projek Berakhir Disember 2013

  • Keluasan (ha)

  • Jumlah Pengeluaran (mt)

  • Purata Hasil (mt/ha)

Pengurusan Sawah

  • SPV akan menguruskan segala pengurusan sawah dari awal hinggalah menuai termasuk kos pengangkutan menghantar baja subsidi, menebas, merata tanah, menuai dan juga kos lori ladang dari sawah ke Pusat Pengumpulan yang mana kos ini akan didahulukan oleh SPV dan kos ini akan ditolak daripada peserta setelah musim menuai.
  • Walaubagaimanapun tuan tanah masih boleh melibatkan diri sebagai tenaga kerja ditanah mereka atau tempat lain dan SPV akan membayar upah mereka berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan. Peserta tidak dibenarkan sama sekali mengusahakan tanah mereka mengikut cara mereka walaupun dibenarkan mengusahakan sawah mereka.
  • Pakej penanaman yang akan digunakan adalah bergantung kepada keadaan tanah dan faktor- faktor persekitaran yang disyorkan Panel Penasihat Projek (IADA) akan memberikan nasihat kepada SPV untuk menguruskannya.
  • SPV juga akan menggunakan khidmat Perunding daripada mana-mana Syarikat jika difikirkan perlu

Garis panduan mengenai struktur dan peranan jawatankuasa telah dikeluarkan bagi melancarkan pelaksanaan program seperti berikut:

Struktur Dan Peranan Jawatankuasa

Jawatankuasa Induk

Keahlian

Pengerusi : Pengarah IADA Barat Laut Selangor (IADA BLS)
Setiausaha : Ketua Bahagian Pertanian, BahagianP ertanian,IADA BLS

Ahli Jawatankuasa :

  • Pengarah MARDI Negeri Selangor
  • Pengarah LPP Negeri Selangor
  • Pengarah JPS Negeri Selangor
  • Pengurus Agrobank Wilayah Negeri Selangor
  • Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor
  • Pengarah Kawalselia Padi Cawangan Selangor
  • Ketua Bahagian BPSP, IADA BLS
  • Ketua Bahagian LPP, IADA BLS
Peranan
  • Merangka dasar pelaksanaan program di peringkat kawasan Barat Laut Selangor;
  • Menilai permohonan untuk menyertai Projek NKEA Pertanian – EPP 11;
  • Mengenal pasti cara penyelesaian bagi masalah berbangkit;
  • Mengemukakan cadangan kepada syarikat peneraju (SPV) untuk meningkatkan produktiviti tanaman padi dan pengurusanSPV; dan 1
  • Menilai kemajuan pelaksanaan projek dari masa ke semasa

Jawatankuasa Pelaksana

Keahlian

Pengerusi : Ketua Bahagian Pertanian, IADA BLS
Urusetia : Pegawai Pertanian, Bahagian Pertanian, IADA BLS

Ahli Jawatankuasa :

  • Ketua Bahagian BPS, IADA BLS
  • Ketua Bahagian LPP, IADA BLS
  • Ketua Pusat MARDI Sg Sireh
  • Pegawai Pertanian Daerah Kuala Selangor
  • Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam
  • Pegawai Pertanian K/U Pusat Kejuruteraan Pertanian Tg. Karang
  • Pegawai Pertanian, Unit Biosekuriti Tanaman, Sg. Burung
  • Pegawai Pertanian K/U, Bahagian Padi Sg.Burung
  • Pegawai Pertanian K/U, Bahagian Pengurusan & Pemuliharaan Sumber Tanah Shah Alam
  • Jurutera JPS Daerah Kuala Selangor
  • Jurutera JPS Daerah Sabak Bernam
  • Penolong Pegawai Pertanian KSU, SBS dan SBT
  • Pengerusi-pengerusi SPV
  • Penolong Pengarah SKM Wilayah Kuala Selangor
  • Penolong Pengarah SKM Wilayah Sabak Bernam
Peranan
  • Meneliti dan meluluskan permohonan pembaikan infrastruktur setelah permohonan dikemukakan;
  • Memberi pengesyoran teknikal kepada SPV untuk meningkatkan hasil padi dan pendapatan;
  • Menyediakan latihan pengurusan tanaman padi kepada SPV;
  • Menilai kemajuan pelaksanaan projek oleh SPV;
  • Menyediakan laporan projek setiap bulan dan akhir tahun; dan
  • Bertindak sebagai penasihat bagi aspek teknikal

Jawatankuasa Projek

Keahlian

Pengerusi : Pengerusi SPV
Urusetia : Urusetia SPV

  • Pegawai Pertanian Bahagian Pertanian IADA BLS
  • Jurutera Bahagian Pengairan dan Saliran IADA BLS
  • Penolong Jurutera JPS Kawasan
  • Penolong Pegawai Pertanian Kawasan
  • Ahli-ahli Jawatankuasa SPV
Peranan
  • Mengemukakan permohonan dan kertas kerja projek NKEA Pertanian - EPP11 kepada IADA BLS;
  • Membentang kertas kerja diperingkat IADA BLS dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Putrajaya;
  • Memastikan syarat seperti dalam surat lantikan SPV dapat dicapai;
  • Mengenalpasti dan membuat permohonan keperluan pembaikan infrastrukur (jika berkaitan/ perlu);
  • Memastikan program peningkatan hasil padi bagi setiap peserta projek NKEA Pertanian – EPP 11 dapat dicapai;
  • Merancang aktiviti hiliran untuk meningkatkan pendapatan peserta projek NKEA Pertanian – EPP 11;
  • Mengemukan laporan kemajuan penanaman padi dalam kawasan Projek NKEA Pertanian – EPP 11 kepada Jawatankuasa Pelaksana;
  • Membuat pembaikan ke atas teguran dan pengesyoran oleh Jawatankuasa Pelaksana; dan
  • Memastikan Pengurusan SPV dijalankan mengikut tatacara urus tadbir yang baik dan berkesan.

Jawatankuasa Pelaksana

Keahlian

Pengerusi : Ketua Unit Projek
Urusetia : Setiausaha Unit Projek

Ahli Jawatankuasa :

  • Ahli Jawatankuasa Biro Projek
  • Ketua Penghubungan Awam Dalam Blok
    Peranan

    Selain itu, pihak IADA Barat Laut juga telah menggariskan panduan berikut untuk tujuan permohonan syarikat peneraju bagi menyertai program ini:

    EPP-11 diwujudkan untuk memperkukuh dan menambah baik produktiviti penanaman padi di kawasan jelapang yang lain selain MADA. IADA Barat Laut Selangor telah terlibat secara langsung dengan pelaksanaan program NKEA Pertanian di bawah EPP#11. Secara amnya, IADA Barat Laut Selangor telah menjalankan kempen dan penerangan untuk menarik penyertaan syarikat-syarikat petani dalam program ini.

    Carta 1 : Proses Taklimat/ Kempen/ Promosi

    Carta 2: Penubuhan Syarikat SPV dan Permohonan Menyertai Program NKEA EPP - 11

    Model Koperasi

    Model PPK

    Model Individu/ Usahawan

ALAMAT IBU PEJABAT

  • Kawasan Pembangunan Pertanian
  • Bersepadu (IADA), Barat Laut Selangor,
  • Kompleks Pejabat IADA,
  • 45000 Kuala Selangor,
  • Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603-3289 1411
  • Fax : +603-3289 3342
  • Email: pbls@moa.gov.my
STATISTIK PENGUNJUNG & PENGIKTIRAFAN

  • Total Visitors: 40906
  • Unique Visitors: 8550
  • Your IP: 54.198.210.67
  • Since: 23/11/2016 - 11:00
  • Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2017
  • Pengiktirafan
HAK CIPTA TERPELIHARA

Paparan Terbaik Menggunakan Pelayan Google Chrome 10, Mozilla Firefox 27 dan IE8 ke atas dengan Resolusi 1024 X 768 pixel

Hak Cipta Terpelihara : Portal Rasmi IADA Barat Laut Selangor