Kata Aluan Pengarah Kata Aluan Pengarah

 

Bismillahirrahmanirahim

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan keizinannya IADA Barat Laut Selangor dapat menerbitkan Laman Sesawangnya sendiri bagi tahun 2018 ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah diucapkan kepada wargakerja IADA Barat Laut Selangor khususnya Jawatankuasa Sidang Ridaksi di atas usaha yang telah dilakukan.

Laman Sesawang ini merupakan dokumentasi bertulis dan bergambar elektronik yang merakamkan aktiviti, program dan projek yang dilaksanakan dan dicapai dalam setiap tahun dan kandungannya boleh dimanfaatkan oleh semua pengguna khususnya kakitangan dan pelanggan-pelanggan sebagai bahan rujukan dan informasi berkaitan isu-isu dan aktiviti yang ada dilaksanakan di Kawasan IADA Barat Laut Selangor ini.

Dengan visi ke arah menjadikan IADA Barat Laut Selangor sebagai penyumbang kepada agromakanan negara, IADA Barat Laut Selangor begitu komited dan bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembangunan Kawasan pertanian, tanaman makanan khususnya padi serta program pembangunan insan untuk petani yang sediaada berkonsepkan Pembangunan In-situ.

Tiga bahagian utama seperti Bahagian Pertanian, Bahagian Kejuruteraan Pertanian dan Bahagian Lembaga Pertubuhan Peladang telah menjalankan tugas mereka secara penyelarasan Bersama dan dipantau oleh Pejabat Pengarah IADA.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak lansung di atas segala bimbingan dan nasihat serta tenaga dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan samaada dalam sektor padi mahupun di sektor Industri Asas Tani.

Semoga usaha murni demi kebaikan bersama ini akan mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah s.w.t.