IADA-banner

Sejarah

You are here

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA - Integrated Agricultural Development Area) Barat Laut Selangor yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Barat Laut Selangor (IADP) dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan pada 6hb. Jun, 1978

Kawasan ini mula dibuka pada tahun 1936 merangkumi kawasan pengairan seluas 20,000 ha. dengan dikenali sebagai Skim Pengairan Tanjung Karang.  Dengan pergantungan sumber air dari Sg. Bernam, Sg. Tengi dan air hujan pesawah menanam padi menggunakan kaedah mencedung dan tanaman padi 2 kali setahun mula diamalkan pada tahun 1962 dengan hasil purata sekitar 2.5 mt/ha.

 

 

IADA Barat Laut Selangor (IADA BLS) merupakan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu yang ke enam dilan­carkan oleh Kementerian Pertanian Malaysia berdasarkan kepada konsep pemba­ngunan kawasan per­tanian secara bersepadu - insitu.  Projek ini melibatkan pembangu­nan kawasan pertanian yang sedia ada tanaman dan penduduknya.  IADA BLS  merupakan salah satu dari lapan jelapang padi di Malaysia selain MADA dan KADA.   Ibu Pejabat Pro­jek ini terletak di Kuala Selangor.  Kawasan ini dipilih untuk projek pembangunan kerana mempunyai kawasan pertanian yang luas dan kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 67% pada tahun 1977.

IADA Barat Laut Selangor meliputi kawasan pertanian seluas 100,000 hektar  merangkumi daerah  Kuala Selangor dan Sabak Bernam.  Jumlah penduduk di kawasan ini adalah seramai 315,367 orang (banci penduduk tahun 2010) yang terdiri daripada 72% Melayu, 13% Cina, 11% India dan 4% Lain-lain.  Terdapat 10,200 pesawah yang mengusahakan sawah padi di 8 Blok Pengairan dalam kawasan IADA dengan purata ahli seramai lima orang.

 

Pembangunan kawasan ini telah dimulakan sejak pembukaan kawasan pada tahun 1936 dengan pembinaan Headwork Sg Tengi dibina pada tahun 1936 diikuti pembinaan taliair, parit dan binaan konkrit termasuk kerja utama pembinaan Headwork Sungai Bernam pada tahun 1948, rumah pam di Bagan Terap pada tahun1962.  Apabila IADA (IADP) ditubuhkan pada tahun 1978, banyak infrastruktur dan kemudahan telah dinaiktaraf dan ditambah untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan tanaman utama serta keluarga tani dalam daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Antara infrastruktur yang dibina di kawasan pengairan dan saliran adalah terusan utama, terusan kedua, palong (terusan ketiga), jalan ladang, parit, ban, jambatan/pembentung, struktur kawalan, terusan, palong konkrit dan lain-lain.

Pembinaan infrastruktur dan program pembangunan serta pemindahan teknologi baru telah meningkatkan hasil dan pendapatan seterusnya menurunkan kadar kemiskinan dari 67% pada tahun 1977 kepada 19% pada tahun 2000 dan ke kurang 10% pada tahun 2003 dan seterusnya sifar pada masa sekarang. Hasil purata tanaman padi telah meningkat dari 2.5 m.t.sehektar semusim pada tahun 1962 kepada 6.4 m.t. sehektar semusim pada tahun 2012.

 

 

 

 

ALAMAT IBU PEJABAT

  • Kawasan Pembangunan Pertanian
  • Bersepadu (IADA), Barat Laut Selangor,
  • Kompleks Pejabat IADA,
  • 45000 Kuala Selangor,
  • Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603-3289 1411
  • Fax : +603-3289 3342
  • Email: pbls@moa.gov.my
STATISTIK PENGUNJUNG & PENGIKTIRAFAN

  • Total Visitors: 41298
  • Unique Visitors: 8502
  • Your IP: 54.92.201.232
  • Since: 13/12/2016 - 06:49
  • Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2017
  • Pengiktirafan
HAK CIPTA TERPELIHARA

Paparan Terbaik Menggunakan Pelayan Google Chrome 10, Mozilla Firefox 27 dan IE8 ke atas dengan Resolusi 1024 X 768 pixel

Hak Cipta Terpelihara : Portal Rasmi IADA Barat Laut Selangor