IADA-banner

KATA ALUAN PENGARAH

You are here

Introduction

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi IADA Barat Laut Selangor, salah satu jelapang padi Malaysia. Walaupun keluasan kawasan jelapang ini hanya 5% daripada keseluruhan kawasan tanaman padi Negara tetapi telah berjaya menyumbangkan lebih 7% daripada pengeluaran keseluruhan padi Malaysia dengan menggunakan kaedah dan teknologi penanaman yang moden. Walau bagaimanapun pengeluaran ini tidak mampu untuk menampung keperluan beras Negeri Selangor kerana bilangan penduduknya yang tinggi.

Perubahan kaedah dan teknologi pertanian secara amnya dan khusus kepada tanaman padi akan lebih mudah disedari atau dipelajari apabila petani/pesawah berupaya mendapat maklumat dan informasi yang tepat dan terkini melalui teknologi komunikasi dan ICT.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya telah dapat membangun dan memaklumatkan tentang tugas, fungsi dan tanggungjawab IADA Barat Laut Selangor kepada masyarakat umum, khususnya kepada golongan sasar iaitu para pesawah di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Adalah diharapkan laman sesawang ini boleh menjadi salah satu sumber rujukan dan informasi sektor Agro-Makanan terutamanya padi kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berminat serta memberi manfaat kepada kita bersama. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan terhadap maklumat yang disediakan ini atau berkaitan IADA Barat Laut Selangor bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran.

Sekian terima Kasih.

Encik Eliyas bin Saad
Pengarah
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
Barat Laut Selangor
ALAMAT IBU PEJABAT

  • Kawasan Pembangunan Pertanian
  • Bersepadu (IADA), Barat Laut Selangor,
  • Kompleks Pejabat IADA,
  • 45000 Kuala Selangor,
  • Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603-3289 1411
  • Fax : +603-3289 3342
  • Email: pbls@moa.gov.my
STATISTIK PENGUNJUNG & PENGIKTIRAFAN

  • Total Visitors: 40915
  • Unique Visitors: 8408
  • Your IP: 54.198.143.210
  • Since: 21/10/2016 - 16:18
  • Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2017
  • Pengiktirafan
HAK CIPTA TERPELIHARA

Paparan Terbaik Menggunakan Pelayan Google Chrome 10, Mozilla Firefox 27 dan IE8 ke atas dengan Resolusi 1024 X 768 pixel

Hak Cipta Terpelihara : Portal Rasmi IADA Barat Laut Selangor