IADA-banner

Kerajaan Cari Kaedah Terbaik Bantu Pekebun Kecil Getah - Shafie Apdal

You are here

Tarikh: 
Friday, 5 December 2014

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mencari kaedah terbaik bagi membantu kira-kira 400,000 pekebun kecil yang merosot pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu sekarang, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan terdapat pekebun kecil getah yang hidup dalam kesusahan akibat penurunan harga komoditi itu sehingga tidak mampu membayar bil elektrik bulanan.

"Mekanisme bantuan untuk jangka masa pendek atau panjang akan dibincangkan dalam mesyuarat pada 15 Dis ini yang akan turut melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan nasib pekebun kecil telah meminta supaya diperincikan cara-cara dan kaedah bantuan walaupun harga getah ditentukan pasaran antarabangsa.

"Tindakan segera perlu diambil untuk membantu mereka," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini Khamis.

Pada perhimpunan itu, Mohd Shafie mengingatkan warga kementerian dan agensi di bawahnya supaya meningkatkan prestasi kerja masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Beliau turut mengingatkan warga kementerian supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

"Kita perlu bersedia lebih awal dalam keadaan yang ada pada hari ini. Ini kerana kita perlu banyak memberi perkhidmatan kepada masyarakat bukan sahaja bantuan prasarana tetapi tajaan biasiswa untuk pelajar di luar negara," katanya.

-- BERNAMA

ALAMAT IBU PEJABAT

  • Kawasan Pembangunan Pertanian
  • Bersepadu (IADA), Barat Laut Selangor,
  • Kompleks Pejabat IADA,
  • 45000 Kuala Selangor,
  • Selangor Darul Ehsan.
  • Tel : +603-3289 1411
  • Fax : +603-3289 3342
  • Email: pbls@moa.gov.my
STATISTIK PENGUNJUNG & PENGIKTIRAFAN

  • Total Visitors: 40924
  • Unique Visitors: 8551
  • Your IP: 54.198.210.67
  • Since: 23/11/2016 - 11:00
  • Kemaskini Terakhir : 11 Aug 2017
  • Pengiktirafan
HAK CIPTA TERPELIHARA

Paparan Terbaik Menggunakan Pelayan Google Chrome 10, Mozilla Firefox 27 dan IE8 ke atas dengan Resolusi 1024 X 768 pixel

Hak Cipta Terpelihara : Portal Rasmi IADA Barat Laut Selangor